MENGENAI KAMI

Nur Shah Education ialah penganjur seminar, taklimat, kursus, tuisyen, dan rundingan berkaitan akademik.

Objektif penubuhan adalah untuk memberikan khidmat terbaik berbentuk akademik dalam apa jua penganjuran sekaligus untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah, kolej, matrikulasi, universiti, dan sebagainya.

Sekiranya mana-mana pihak memerlukan perkhidmatan kami dalam menganjurkan program - program pendidikan UPSR / PMR / SPM di kawasan-kawasan tertentu, sila hubungi kami di talian 012-2646019 / 012-3079475


Perkembangan Terbaru

Sedang merancang untuk mengadakan program persediaan awal di sekolah-sekolah di Selangor bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 sebelum masuk ke tingkatan 5 bagi menyiapkan diri untuk menghadapi SPM. Selain itu untuk PMR dan UPSR masih di peringkat perancangan.

Pengisian yang terdapat dalam program tersebut ialah motivasi, teknik ulangkaji, dan teknik pengurusan masa, serta imbasan kembali subjek-subjek tingkatan 4.

Cadangan Tentatif adalah seperti berikut:

8.00-8.30 pagi
Perasmian

8.30 -10.30 pagi:
Motivasi

10.30 - 11.00 pagi:
Rehat dan Minuman Pagi

11.00 - 01.30 ptg:
Teknik Ulangkaji

01.30 - 2.30 ptg:
Rehat dan Makan Tengah Hari
Solat Zohor

02.30 - 04.45 ptg:
Teknik Pengurusan Masa

04.45 - 5.00 ptg:
Penutup


NUR SHAH EDUCATION's Fan Box

No posts.
No posts.